Friday, January 21, 2011

Islam Selamanya

Kita telah terlalu jauh menyimpang dari arah jalan kita yang sebenar.Kerana terlampau taksub dengan kehidupan berpolitik sehingga kita sanggup dipecahbelahkan,memutuskan tali persaudaraan kita sesama islam .Kehidupan kita ibarat seperti dalam berkumpulan,dalam kehidupan seharian kita hanya mengata kumpulan ni salah,kumpulan tu salah.Pernah kita tanya diri kita sendiri,adakah kehidupan berkumpulan seperti ini yang kita perlukan.Apakah akan jadi dimasa akan datang sekiranya perkara sebegini berterusan.Apakah akan berlaku kepada anak cucu kita nanti.Sebagai seorang manusia kita tidak lari dari melakukan kesilapan.Kembalilah kita sebagai seorang ISLAM.Lakukan tanggung jawab bila tiba masanya gunakanlah segala apa yang Allah kurniakan kepada kita.Jika kita tidak pasti,pohonlah petunjuk daripa ALLAH.Insyaallah kerana Allah lah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.